Saturday, July 26, 2008

Ezam cuba bawa Perak kepada BN

Pakatan Rakyat mesti berhati-hati tentang keadaan di Perak


Sumber dalaman saya daripada pasukan Ezam memberitahu saya bahawa Ezam sedang memujuk ADUN Melayu daripada PKR di negeri Perak.

Daripada kedudukan semasa kerusi Pakatan Rakyat :31 dan Barisan Nasional:28. Dalam kata lain, Barisan Nasional hanya memerlukan 2 ADUN untuk menyeberang daripada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak dan menubuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Sumber dalaman saya daripada pasukan Ezam memberitahu, untuk menunjukkan bahawa Ezam berguna kepada BN, beliau sekarang sedang bergerak aktif bertemu dan memujuk ADUN Melayu PKR di Dewan Undangan Negeri Perak. Terdapat 3 ADUN Melayu PKR: Kuala Kurau, Changkat Jering and Behrang. Apa yang Ezam perlu lakukan ialah membawa keluar 2 daripada 3 ADUN ini dan Ezam akan mendapat ganjaran yang setimpal.

Cubaan pertama BN adalah melalui UMNO dimana ia berlaku selepas sahaja 2 hari pilihan raya umum berlangsung. Mereka bertemu Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas Perak dan menawarkan jawatan Menteri Besar kepada Pas dan 6 ahli exco. Walau bagaimanapun, Ahwad Awang adalah seorang yang bermaruah dan menolak tawaran yang dikemukakan UMNO itu. Hujah Ustaz Ahmad Awang adalah mudah, ” UMNO itu jahat dan DAP adalah bukan Islam. Islam mengeji kejahatan. Oleh itu, saya tidak dapat bekerjasama dengan UMNO”.

Cubaan seterusnya adalah untuk mebeli ADUN daripada DAP. Mereka membuat tawaran kepada ADUN DAP dan kemudiannya ADUN DAP telah menfailkan satu laporan polis. Jadi, ini menyebabkan mereka berhenti daripada mendesak ADUN DAP untuk menerima tawaran mereka.

Sekarang adalah giliran PKR dan apabila kita melihat Ezam Mat Nor kembali menyertai UMNO, mereka memutuskan untuk mempergunakan Ezam sebagai alat mereka. Ramai dikalangan ahli dan penyokong PKR adalah Melayu dan telah bersama parti sejak Ezam menjadi Ketua Pemuda. Oleh yang demikian, mereka sedikit sebanyak mempunyai hubungan dengan Ezam Mat Nor. Persoalannya di sini, adakah pengaruh Ezam dalam PKR masih kuat? Apakah tawaran daripada BN ini boleh dijadikan kayu ukur tahap kesetiaan ADUN Pakatan Rakyat di Perak? Apakah rakyat negeri Perak masih memerlukan sebuah kerajaan Barisan Nasional yang kini berada dalam keadaan nazak dan dikatakan tidak lagi releven untuk rakyat?

Rakyat perlukan kerajaan yang membela nasib rakyat, bukan kerajaan yang membebankan rakyat dan tidak mengambil tahu kesusahan dan penderitaan hidup yang dialami oleh rakyat.

w2.malaysia-today.net (alih bahasa)