Thursday, December 18, 2008
Belajarlah
Belajarlah. Orang yang belajar memang akan bekerja. Tetapi belum tentu orang yang bekerja akan belajar.
Penyakit malas penyebabnya kerana kita suka bersenang-lenang. Asalnya senang-lenang, makin merebak jadilah 'ambil mudah' dan apabila sudah teruk jadilah malas.
Ayuh bangsaku, kita perlu bersusah-susah. Banyakkan celik mata. Tidur membuatkan badan menjadi lemah dan otak lembab. Makin malaslah.
Banyakkan bergerak. Bela lemak tidak memberi hasil. Lebih bergerak, makin berputar otak. Sebab hendak bergerak kena tengok kiri kanan, kena fikir sebab akibat. Kalau tidak, terlanggar tiang. Badan cergas, otak cerdas.
Belajarlah. Menyambung pelajaran adalah menguntungkan. Keluar dengan kelulusan yang rendah, kita hanya mampu menjadi kuli. Dan kuli kerjanya yang paling sikit menggunakan akal, paling banyak menggunakan tenaga.
Dek kerana itu, kerja kuli hanya belajar di awal kerjanya dan seterusnya adalah mengekalkan pelajaran itu dalam amalan.
Berbeza apabila keluar dengan kelulusan yang tinggi. Kita akan jadi bos. Jadi majikan. Pegawai. Jadi orang besar. Kerja ini sikit tenaganya tetapi banyak menggunakan akal.
Dari sini makin banyak sesorang itu boleh belajar dan makin bertambahlah ilmunya. Apa lagi seorang yang berpangkat tinggi itu lebih cepat dan besar peluangnya naik lebih tinggi. Di sana dia akan menghadapi dunia baru yang lebih mencabar dan mendapat 1001 ilmu daripadanya.
Sedangkan seorang kuli akan kekal kuli.
Hidup memang suatu pilihan. Jadi pilihlah. Pilihan yang bijaksanan datang daripada akal dan hati. Pilihan yang berbahaya datang daripada mata dan telinga.