Ini kisah satu orang makhluk yang dilantik menggantikan bos asal sebuah
kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan
selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit
firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas,
dia akan pecat on the spot. Memang malang tidak berbau, dia ternampak
seorang pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.
"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Berapa gaji awak?" dia
bertanya dengan nada yang agak keras "Dalam RM 800" pekerja tu menjawap. Bos
tu menjawap pula, "Nah amik ni RM 800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2
PEGI TEMPAT LAIN". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham,
sape malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorang pekerja
di situ, "Mamat tadi tu kerja department mana?"
Jawap si pekerja,"Owh, dia tu datang hantar pizza, tak keje sini pun".