Saturday, December 1, 2012

HaramXXXXX, aku dah kena Saman AES!

AES tak guna macam BN,jangan bayar saman AES-Mahfuz. 

 Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menyeru orang ramai tidak membayar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya hadir mempertahankan diri di mahkamah. Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu berkata, pihaknya sudah menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu.



 "Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012. "Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.


 Ahli parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan dinyatakan sebagai melebihi had laju. "Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas.


Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500. "Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," beliau dipetik sebagai berkata.  

 

Info BANTUAN Saman AES

MAKLUMAN : Kepada sesiapa yang menerima SAMAN AES drpd JPJ..... kami minta supaya jangan bayar kompaun RM300.... Sila hadir ke Mahkamah pada tarikh yang telah dinyatakan di dalam Saman & kami akan memberikan khidmat guaman kpd anda semua...

sila hubungi kami melalui inbox mesej atau melalui email kempenantisamanekor@gmail.com beserta salinan saman utk rekod...

Terima kasih