Thursday, December 2, 2010

Panduan Untuk Servis Kereta

1. minyak hitam yg bukan sintetik tu, setiap 5,000km atau 3 bulanwhichever is earlier. Kalu yg sintetik, mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. filter - sama seperti minyak enjin 5000km utkminyak mineral biasa dan 7500km - 10000km untuk minyak synthetic. Dalamertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filterminyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000km ikutschedule maintenance book! Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takdehal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k taktukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitarRm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kerete - 18 bulan hingga 2tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topupdan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong! Free maintenancebattery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahaldari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini keranadi Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg bolehdipercayai...BOSCH, CENTURY...tapi ada juga jenama yg tak terkenal tapielok! Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute batteryke kedai kedai spareparts...dia yg bagitahu ilmu kat aku camner nakkenal bateri baik dgn yg tak baik! Bateri yg baik biasanya lebih beratdari bateri yg kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori ygsama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagisatu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu laciternya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang taktahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apakeretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikutpengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping"berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yg susah nak terangkan,sebabtu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20 je.

8.AirFilter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yg tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid.Minyak ni memang penting bagi yg pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebutsetiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepadamereka yg nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...janganabaikan(contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakankepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajintukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan olehsesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yg bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yg budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.GearOil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.BrakeFluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar gantibaru setiap 60,000km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipunaku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barula aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukarsekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudahmendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perluditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktuservis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudahdikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt niletaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yg halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangantunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

Akhirsekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yg ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkanpengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata"preventive maintenance". Maksudnya, benda yg kita tukar tu belum tenturosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelakdari pengguna kereta menghadapi kerosakan yg kritikal dimasa akandatang!

Tapi dalam dunia ni, mana ada yg perfect! PreventiveMaintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikitsebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perluditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti.Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentukita tidak mampu mengikutnya! Okies..bye