Wednesday, December 21, 2011

Bagaimana negara Malaysia telah jatuh bankrap 2019

Pada tahun 2019, negara Malaysia telah jatuh bankrap. Tragedi tersebut pernah diramal beberapa tahun sebelum tahun tersebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala. Ramai orang Melayu telah merantau untuk memburuh di Brunei, Indonesia, Hong Kong dan Singapura. Bagi yang kurang bernasib baik pula, mereka terpaksa menjadi kuli syarikat Barat. Banyak syarikat kepunyaan kerajaan telah diswastakan. Semua tanah milik orang kampung termasuklah Kampung Baru, telah dijual pada syarikat kroni yang akhirnya jatuh ke tangan syarikat Cina yang kemudiannya pula bergabung dengan syarikat Barat.

Banyak syarikat Cina bergabung dengan syarikat Barat bagi mengelakkan pertembungan sengit yang dilihat lebih memihak kepada syarikat Barat yang bermodal besar.

Orang Melayu terpaksa menyewa di tanah yang dahulunya milik mereka sendiri. Kadar buta huruf di kalangan orang Melayu kembali meningkat sejak skim pinjaman PTPTN diperkenalkan. Ramai anak-anak muda Melayu yang gagal menjelaskan hutang pendidikan, hutang kereta, hutang rumah dan hutang kad kredit telah dipenjarakan berbelas tahun lamanya. Isteri dan anak perempuan mereka ramai yang terpaksa melacur di Chow Kit, Bukit Bintang, Pudu, Brickfields dan Geylang setelah gagal mendapat kerja yang bergaji besar, manakala anak lelaki mereka pula terpaksa memburuh di negara sendiri dan berkongsi bilik bersama pendatang asing dari negara Afrika, Bangladesh, Myanmar dan Nepal yang kini telah menjadi sebahagian daripada kita. Rumah para penghutang yang gagal telah dilelong bank, kereta mereka telah ditarik oleh bank dan nama mereka telah disenarai-hitamkan daripada melakukan sebarang perniagaan dan sebarang penubuhan syarikat serta membuat pinjaman bank.

Persaingan dalam mendapat peluang pekerjaan menjadi semakin sengit, sejak kerajaan membuka pintu pada syarikat Barat melabur di seluruh koridor. Di Malaysia kini tiada lagi hak keistimewaan Bumiputera. Lulusan yang mampu bertutur banyak bahasa, berpengaruh luas, berpengalaman lebih 10 tahun di luar negara, mampu bekerja lebih jam, kreatif serta berkemahiran tinggi, tampan atau cantik akan diutamakan. Ramai orang Melayu terpaksa menjadi kuli, akibat warga Barat membanjiri Malaysia untuk memegang jawatan profesional manakala orang Cina berjaya menjadi pembantu mereka atas dasar persetujuan semasa penggabungan syarikat.

Parti UMNO-BN masih lagi berkuasa di Malaysia di atas sebab penyerapan kaum pendatang sebagai warganegara khususnya yang telah memeluk agama Islam. Parti UMNO-BN telah mendapat majoriti 2/3 di parlimen dengan bantuan undian 'warganegara baru' tersebut walaupun tidak mendapat undian daripada orang Melayu sendiri. Mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, kemasukan warganegara asing secara besar-besaran berlaku pada tahun 2012.

Parti UMNO-BN yang menjuarai orang Melayu pada dahulunya, kini dilihat sebagai parti yang dipimpin oleh seorang Pak Turut kepada pemodal syarikat Barat. Raja-raja Melayu pula telah diugut dengan pelbagai ugutan sehingga ada yang diracun oleh kuda-kuda ahli politik supaya bekerjasama dengan pemodal syarikat Barat. Ini tidak menghairankan apabila kuasa raja-raja Melayu berkurangan sejak kedatangan British di Tanah Melayu yang memisahkan agama daripada politik dan ekonomi serta sepanjang tahun pemerintahan Tun Mahathir, di mana kuasa raja-raja Melayu dikurangkan. Akibatnya raja-raja tidak boleh lagi bersuara dalam hal-hal ekonomi dan politik negara sepertimana pada kurun ke-15.

Akibat kebankrapan pada tahun 2019 itu, Bank Negara telah mengalami hutang yang amat dahsyat. Ia terpaksa meminjam pada Bank Dunia hingga ke hari ini dan melakukan beberapa pakej rangsangan ekonomi dari masa ke masa. Matawang Malaysia juga mengalami penurunan di mana ia telah mengecil dua kali ganda daripada Indonesia. Sekali gus mengubah standard kehidupan rakyat jelata. Warga Indonesia yang dilihat sering berkunjung ke Malaysia untuk menjadi pembantu rumah, hari ini keadaan telah berubah 360 darjah. Ramai warga Indonesia juga telah menjadi kaya di Malaysia akibat nilai matawang RM yang menyusut berbanding Rupiah. Ahli perniagaan dari Malaysia yang berniaga di Indonesia juga ramai yang terpaksa gulung tikar begitu juga nasib semua warga Malaysia di seluruh dunia. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa berhadapan dengan realiti.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Kerajaan UMNO-BN yang dahulunya didana oleh pemodal tempatan atau taukeh-taukeh Cina dari syarikat judi, kini mereka didana oleh syarikat Barat pula. Terdapat banyak polisi atau pun ketetapan yang dipengaruhi susuk pemodal syarikat Barat. Antaranya pemansuhan penggunaan huruf Jawi, penerusan PPSMI, pindaan akta pengambilan tanah, pemansuhan hak keistimewaan Bumiputera, pemansuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pemansuhan Islam sebagai agama rasmi.

Menjelang tahun 2019, terdapat satu cubaan revolusi yang hampir berjaya di mata rakyat Malaysia. Ia dimulakan oleh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim pada 9 Januari 2012. Berbondong-bondong penyokong dan para pemimpin, para ulama' pembangkang telah terkorban pada hari itu. Revolusi itu gagal setelah pihak berkuasa menggunakan peluru hidup untuk berhadapan dengan para demonstran yang tidak bersenjata. Ini mirip dengan apa yang berlaku di Mesir setahun sebelum itu.

Terdapat juga jutaan orang Melayu menjadi pelarian di Indonesia akibat kezaliman kerajaan sendiri dan ada ramai yang berhijrah di atas desakan ekonomi, sehingga menyebabkan orang Melayu hari ini menjadi golongan minoriti di Malaysia.

Malaysia tidak senasib dengan Greece dan Itali, iaitulah negara-negara Eropah yang bankrap suatu ketika dahulu, telah dibantu oleh Kesatuan Eropah (European Union, EU). Tanah air kita sebaliknya telah digadaikan pada pendatang asing, syarikat Barat dan Bank Dunia oleh kerajaan UMNO-BN.

Hari ini, kita berada pada tahun 2035. Seandainya semua orang Melayu tidak takut mati pada hari revolusi itu, sudah tentu mereka dapat mengubah sejarah hitam mereka.

FROM http://hanief.blogspot.com/