Friday, November 21, 2008

Guru itu sakit

Assalamualaikum warahmatullah...

...Saya memang bukan guru tapi biasa terlibat dengan program2
motivasi di sekolah dulu. Jadi biasalah bercampur dengan guru2 ni. Walaupun
saya ketika itu masih dalam parti pemerintah, saya masih dapat rasakan
bahawa kerjaya guru sering dianak tirikan oleh kerajaan.

Tambah lagi sekarang Allah telah menjodohkan saya dengan seorang guru.
Kini, saya bukan sahaja tau sedikit2 perasaan para guru terbabit, malah
lebih arif dengan perasaan ahli keluarga seorang guru. Rasanya... Kerjaya
guru ni lebih berat, lebih membosankan dan lebih meletihkan daripada
kerjaya seorang CEO syarikat besar. Sayangnya gaji mereka bukan setakat
jauh malah terlalu amat sangat jauh berbeza jika dibandingkan.

Terus terang, kami beberapa kali bertengkar (atau berselisih pendapat, yang
lebih tepat) apabila bicara tentang kerjaya isteri saya. Ye lah... Saya
kerja di laut dan hanya ada di darat selama 2 minggu sebulan. Hendak
jugalah bermanja2 dengan isteri apabila pulang ke rumah. Lagipun, kami
belum sampai 2 tahun berkahwin. Masih 'panas' lagi. Tapi kalau dah setiap
Sabtu ada saje projeknya macamana?

Dah tu, balik tak pernahnya setengah hari. Memanjang petang. Ada meeting
la. Ada panitia la. Ada itu la. Ini la. Kalau boleh claim overtime takpe
gak. Zalim sungguh. Sebab tak boleh claim ot la agaknya tenaga guru dikerah
macam ni sekali. Balik pula bawa sekali kerja2 ke rumah. Tanda kertas
periksa la. Buku latihan murid la. Buku rancangan mengajar la.

Saya pun terpaksa jadi guru juga. Lepas tidurkan anak, sama2 tanda kertas
soalan. Kalau tak, lambat pulak siap. Kalau dah sampai pukul 2, 3 pagi baru
masuk tido... Rugi la! Nak tak nak terpaksa saya pun sama berkorban...
Hehehe... Kesian anak kami yang belum pun setahun tu. Sehari berapa jam je
dapat bersama dengan ibunya.

Saya memang boleh jaga... Tapi sentuhan seorang bapa, waima bapa mithali
pun, takkan sama dengan sentuhan seorang ibu. Aku kawin lagi satu baru tau!
Hehehe... Takde la. Maksud saya, kementerian seolah2 lupa yang guru2 juga
berkeluarga. Sudahnya, saya bagitau wife saya, cukup 3 tahun, quit! Selama
dia kerja ni pun, saya tak pernah usik duit dia satu sen pun. Saya izinkan
mengajar semata2 sebab pahala je.

Soal gaji ni satu hal lagi. Berapa sen sangat gaji guru? Sebab tu
kebanyakan guru sibuk buat kelas tambahan & tuisyen. Nak cari duit lebih.
Tapi ada juga yang jenis celaka yang paksa anak murid masuk. Sapa masuk,
dapat tips untuk soalan periksa. Tak masuk tak dapat. Kena keluarga yang
cukup2 makan macam kakak saya, macam mana? Mengeluh kakak saya. Kerjaya
guru juga yang buruk nama...

Bila saya kata ni bahana kerajaan yang kedekut sangat kat guru, kakak saya
cakap guru mengajar mesti ikhlas. Ni yang saya bengang ni! Kalau macam wife
saya, yang semuanya saya tanggung, boleh la cerita ikhlas! Kalau guru
lelaki? Takyah tanggung anak sekolah? Tak teringin beli kereta? Takyah
bayar rumah? Tak sambut raya? Guru pun manusia gak. Bukan taraf wali yang
tak ada nafsu nafsi melampau.

Kita pun bersalah sebab set standard yang tinggi... Tak salah rasanya guru
mencari duit lebih. Tapi jangan sampai melampau sangat... Sampai
menyusahkan mak bapak. Sebenarnya, dah boleh padam dah perkataan ikhlas
dalam kamus kita. Berapa ramai orang yang kerja benar2 ikhlas? Kalau kita
tau kita underpaid, tak tahan jugak. Kan? Guru2 pun macam kita jugak...

Kalau nak luahkan rasa geram yang terbuku ni, mau boleh buat novel agaknya.
Tapi saya nak pesan guru2 yang ada ni. Anda semua tidak dihargai. Jadi saya
cadangkan berhenti sajalah. Mana2 yang bercita2 nak jadi guru, cari je
kerja lain. Biar semua sekolah kosong tak ada guru. Mungkin masa tu baru
kerajaan sedar berapa besarnya peranan guru dalam membentuk sebuah
masyarakat yang berjaya.

Bagi saya, guru, doktor & anggota keselamatan (polis, tentera bomba dan
lain2, er... tak termasuk guard), adalah 3 jawatan utama dalam mengejar
kemajuan & kesejahteraan. Sepatutnya ketiga2 penyandang jawatan ini diberi
layanan yang istimewa. Lebih istimewa daripada Pegawai Tadbir Diplomatik
kerana mereka inilah yang membentuk kejayaan sesebuah komuniti.

Kalau dah layan para guru macam pekerja kelas ke... berapa ntah. 88 kot...
Jangan pulak marah kalau para guru ni menyokong pihak pembangkang. Salah
seorang guru motivasi saya mengajar, kalau kita jadi pemimpin, dan ada
orang bantah kepimpinan kita, bermakna ada sesuatu yang tidak betul dalam
pentadbiran kita tu. Lebih baik periksa cara kita mentadbir sebelum kita
sibuk nak salahkan orang yang tentang kita...

Guru2 ada 14 kesatuan. 14 kesatuan tu pun melambangkan perpecahan.
Hehehe... Kalau dah sampai 14 persatuan tapi guru tetap jadi mangsa buli
kerajaan, nak buat apa? Baik2 ramai2 keluar ahli. Biar persatuan tu cuma
tinggal nama. Untuk KGMMB dan kementerian, sedarlah jasa guru. Anda dulu
pun berguru juga. Jangan biadab sangat dengan guru. Nanti dimakan sumpah
baru tau. Tiba2 bangun pagi dah jadi mengong... Sape nak jawab. Kan?

Sekian, silap salah dan terkasar bahasa, harap dimaafkan.

Wassalamualaikum warahmatullah...

- Abu Naqibah -