Tuesday, June 7, 2011

Cara berjimat bila harga minyak dinaikkan oleh 1Malaysia dan tak turun-turun


Hari-hari kita dapat berita kenaikan baik harga minyak, harga barang keperluan, kadar tarif elektrik, kos sara hidup .. akhirnya kita yang naik angin, naik darah dan naik ‘hantu’. Tak kira samada dalam akhbar, TV, malah di kedai kopi sekali pun turut membincangkan isu yang sama. So, untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar kini, apa kata kita berkongsi tips-tips penjimatan. Kata orang, cara hidup sederhana itu adalah pilihan terbaik dan menjimatkan. Betul ker?

Cara hidup sederhana sememangnya dituntut dalam agama. Kenapa dan mengapa? Ini kerana ianya lebih banyak kelebihan berbanding kekurangan. Lebih-lebih lagi dalam konteks berjimat cermat nih. Tapi bagaimana cara hidup sederhana ini dapat menjimatkan wang yang banyak? Mari kita tengok ..

1. Anda suka ‘ngeteh’ atau minum di kedai kopi? Apa kata kalau korang bancuh sendiri jer minuman tuh selepas ni. Katalah sebelum nih anda habiskan RM1 x 2 kali sehari setiap hari. Dah jimat RM1-RM2 sehari.

2. Amalkan minum air masak atau air kosong. Selain baik untuk kesihatan, ianya dapat menjimatkan duit korang daripada banyak membeli bahan seperti milo, kopi, susu dan gula tiap-tiap bulan.

3. Banyak habiskan masa bersama keluarga di rumah especially sepanjang waktu cuti. Sekarang, keluar rumah jer dah nak kena duit. Masuk toilet pun kena bayar tau. Kalau teringin sangat nak bercuti di luar, apa kata korang set masa pada hujung tahun jer atau sekali setahun. Kan lebih jimat dan masa tuh lebih dihargai.

4. Gunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan sendiri. Contohnya nak ke bandar, naik bas tambang jer. Katalah tambang bas tu RM2. Kalau naik kereta, kos sebanyak tuh cukup untuk parking jer. Belum kira kos minyak kenderaan, tol dan lain-lain lagi.

5. ‘Car pool’ atau gunakan kenderaan jimat minyak. Kalau korang ada kawan-kawan atau jiran yang berkerja di kawasan yang sama, baik berkongsi kenderaan. Tak pun gunakan kenderaan yang lebih jimat minyak seperti kereta kompak dan motosikal. Nak lagi jimat, gunakan jer basikal atau berjalan kaki (jika dekat).

6. Berhenti atau kurangkan beli akhbar. Nak tengok berita terkini dan isu semasa, apa kata tengok kat Akhbar Online atau tunggu jer berita TV. Dah jimat RM1-RM2 sehari.

7. Jika anda suka membaca, apa kata baca buku di Perpustakaan Awam. Lebih jimat daripada anda membeli sendiri buku dan majalah. Tak pun bertukar-tukar buku dan majalah dengan kawan-kawan.

8. Membayar bil utiliti secara Online. Lebih menjimatkan masa dan wang. Tak perlulah nak beratur panjang atau menghabiskan minyak kenderaan semata-mata nak bayar bil.

9. Jangan langgan TV berbayar. Kalau setakat nak tengok bola secara ‘live’, kat internet dan kedai mamak pun boleh tengok. TV Percuma pun dah banyak channel sekarang nih. Itu lebih baik daripada korang bayar untuk tengok siaran yang diulang-ulang. Siaran Eksklusifnya sekali sekala jer.

10. Berhenti merokok. Haa.. nih memang cabaran hebat nih kepada perokok tegar. Selain untuk kesihatan, kalau korang berjaya sememangnya akan menjimatkan banyak duit poket korang.

11. Jaga kesihatan dan selalu bersenam. Itu lebih baik dan menjimatkan daripada korang sering kena jumpa doktor dan bayar kos perubatan.

12. Gunakan Kad Debit berbanding Kad Kredit. Kad Kredit nih orang kata ‘kad hutang’. Kalau tak pandai kawal, bukan memudahkan malah akan membebankan. Baik guna Kad Debit, ada duit baru boleh guna.

13. Bayar lebih daripada had bayaran minimum untuk kad kredit, pinjaman, dan sebagainya. Berkesan untuk jangkamasa panjang daripada anda kena bayar ‘bunga’ kerana terlewat. Tempoh hutang pun dapat dipendekkan.

14. Bayar kepada diri sendiri. Kata lainnya ‘saving’lah atau pun simpanan. Selain bayar hutang, apa kata korang agihkan untuk simpanan sendiri. Boleh digunakan di masa depan atau apabila terdesak dan memerlukan.

15. Kalau nak beriadah atau bersiar-siar, jangan pergi shopping complex. Apa kata pergi ke taman-taman rekriasi atau tepi pantai. Tak der lah ter’belanja’ beli macam-macam yang tak perlu.

16. Ketika membeli-belah, sediakan senarai barang-barang yang ingin dibeli. Tak der lah korang ‘ter’beli selain daripada senarai keperluan yang sekali gus akan meningkatkan kos perbelanjaan.

17. Membeli barang basah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar-pasar Tani tempatan yang berdekatan. Bukankah lebih segar dan lebih murah berbanding di Hypermarket. Nak lagi jimat, tanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan tu.

18. Berbelanja ketika ada potongan harga atau ‘Sales’ sahaja. Biasanya pada hujung bulan dan awal bulan (ketika gaji). Beli barang keperluan untuk sebulan terus. Selain jimat duit, jimat masa anda daripada nak berbelanja berkali-kali.

19. Tidur awal. Selain akan membuatkan korang cukup tidur, korang juga akan dapat bangun awal keesokan harinya. Dan yang paling penting, korang dapat menjimatkan bil elektrik rumah korang.

20. Had masa mandi. Jangan ambil masa terlalu lama (nak berkaraoke, berposing depan cermin, termenung, dsb) untuk mandi jika tak mahu bayar bil air yang tinggi tiap-tiap bulan. Kalau boleh guna ‘shower’ atau sebaldi air untuk setiap sesi mandian.

21. Puasa setiap Isnin dan Khamis. Pahala dapat, kesihatan dapat, duit pun jimat.

22. Berambut pendek atau botak. Selain lebih kemas dan segak, ianya lebih menjimatkan daripada tiap-tiap bulan kena ke kedai potong rambut. Bayaran setiap sesi sama juga.




kredits to http://eiz1004.upprofits.com/tips-cara-hidup-sederhana-itu-menjimatkan/